About


Sekolah Kebangsaan Bandar Putra (SKBP) begitulah nama yang diberikan sebagai keluarga baru institusi pendidikan bagi daerah Kulai di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Nama sekolah ini dipilih bersempena nama taman perumahan Bandar Putra kelolaan IOI Properties Bhd.

SKBP yang indah dan futuristik ini dibina di bawah projek secara rundingan terus ‘Design & Bulit’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan dimulakan pada 17 Jun 2001 dan siap dibina sepenuhnya kemudian diserahkan kepada JKR/PMC pada 20 Oktober 2003.

Bagi melicinkan pengurusan sekolah dari segi penerimaan peralatan dan perabot, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik En. Mohd Hazeyhan b. Totor sebagai penyelaras manakala En. Rahim b. Jamian, Guru Besar SK Indahpura 1 sebagai Guru Besar Pembimbingnya. Pelajar sekolah ini terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan perumahan Bandar Putra dan Ladang Swee Lam yang sebelum ini bersekolah di SK. Indahpura 1 & 2, SK. Taman Muhibbah, SK. Senai dan SK. Senai Utama.

Mulai bulan Disember 2003, sekolah ini mula beroperasi berikutan beberapa orang tenaga penggerak mula mengatur langkah merancang dan melaksanakan tugas bagi memastikan perjalanan sekolah terutamanya pada hari pertama sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. En. Rahmat b. Ibrahim, En. Hassan b. Ismail, En. Sulaiman b. Yusoff dan beberapa orang guru telah memulakan tugas. Mesyuarat pertama bersama Guru Besar, Tn Hj. Mohamed Noor b. Ibrahim telah diadakan pada hari Selasa (23 Disember 2003) bersama warga pendidik cemerlang SKBP. Berkat komitmen dan penghayatan “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” beberapa aktiviti awal seperti Majlis Yassin/Tahlil & Doa Selamat (1 Januari 2004), Pendaftaran dan Pembayaran Yuran (2 Januari 2004), Hari Pertama Sesi Persekolahan  (5 Januari 2004) dan Majlis Pelancaran Pengoperasian Sekolah pada 12 Januari 2004 berjaya dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

warga SK Bandar Putra menceriakan suasana dengan pelbagai aksi

%d bloggers like this: