warga SK Bandar Putra sentiasa menceriakan suasana sekolah dengan pelbagai aksi

ANNA MAISARAH BT MOHAMAD ARIFF, Johan Anugerah Tokoh NILAM Daerah Kulaijaya 2012, Kategori Sekolah Rendah Bandar. Pertandingan peringkat daerah telah diadakan pada 9 Februari 2012 di SK Putra Utama. Adik Anna Maisarah akan mewakili Daerah Kulaijaya ke peringkat negeri pada penghujung bulan Februari ini.

Kejohanan Badminton MSSM Zon Bandar

  • MOHD NUR IQBAL IRFAN, tempat ketiga perseorangan lelaki
  • NURHAFIZAH BT HISHAM , tempat ketiga perseorangan perempuan
  • NUR NILAM SARI BT NORAZMI, tempat keempat perseorang perempuan

Adik Mohd Nur Iqbal jua telah memenangi tempat ketiga dalam kejohanan Badminton MSSM Peringkat Daerah dan akan mewakili Daerah Kulaijaya ke peringkat negeri di bandar Muar nanti.

Semoga kecemerlangan ini akan mendorong mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan menjadi motivasi kepada rakan murid yang lain.

Terima kasih kepada Puan Suhaslinda Hamzah selaku Ketua Panitia BM dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga usaha ini dapat memberi bimbingan dan idea kepada semua murid Tahun 6 untuk menjawab soalan dengan baik.

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.